Tuesday, 24 May 2011

kali pertama.

hye.. da reason why i made this blog is to tell.. bukan nak bgtau pun sebenarnya.. just nak jadikan kenangan aku sebagai 1 bahan penulisan.. di mana orang lain boleh amik sebagai pengajaran atau apa saja.. sebab kenangan ini sangat bermakna dan berharga buat aku..

'we started as friend.. but something happend inside me' aku mmg suka first lyric lagu obvious dari westlife ni.. sebab die memberi makna yang mendalam bagi aku.. kenapa? sebab memang itulah apa yang aku rasa pada kawan aku ni..di mana aku akan menggunakan nama shoyumie ( bukan nama sebenar) dalam blog aku..

kau nak tau tak.. aku mmg dah lame sayang sangat kat kau.. semenjak kita form 2.. aku tak tau sama ada kau perasaan atau tidak.. kau banyak mengubah diri ni. kau ubah cara aku berfikir. kau tolong aku dapatkan personaliti aku.. kau tolong memberi ku semangat di kala orang lain tak sedar aku memerlukan. orang selalu cakap yang aku ni bodoh.. sebab selalu ikut cakap kau.. ape kau kata.. aku ikut.. orang lain kata aku bendul.. orang kata kau permainkan aku.. tapi semua tu aku tak pernah rase.. aku tak rase terbeban bila aku tolong kau.. sungguhpun kau tak sedar pengorbanan yang aku lakukan. aku bahagia bila kau bahagia.. ya..itu benar.

oh ya.. kau ingat lagi tak? aku pernah kene marah dengan kau.. sebab aku gaduh dengan kawan aku.. kenapa ya aku gaduh.. ya.. aku gaduh sebabkan kau.. aku tak sanggup dengar orang mencaci, mengutuk kau.. walaupun  aku tahu dan sedar itu semua benar. maaf.. cinta telah mengaburi mataku.

sayang aku pada kau mungkin tak sekuat mana kerana kau selalu jadikan aku sebagai jambatan dalam hubungan kau dan orang lain.. bukan sorang.. bukan dua.. tetapi 4.. tak mengapa.. kan aku dah cakap tadi.. aku bahagia bila kau bahagia.. ingat ye.. kata kata aku ni.. bukan kata kata kosong sebab aku mmg tak pernah rasakan sayang.. hanya pada kau bende itu menjadi realiti.

dan memang menjadi impian aku untuk berkorban demi orang yang aku sayang.

hai kawan.. keserasian kita memang tak di duga.. pernah suatu ketika..kekasih mu tidak mahu kan dirimu lagi.. kau sangka aku dah tidur.. tapi tak semena mena aku dengan spontan mengusap pipi mu dan ya..  mmg betul kau sedang mengalirkan air mata kerana die..  di saat itu aku sedar bahawa kau bukan sembarangan orang bagi ku.. kau akan memberi impak yang sangat besar dalam hidupku.

sayang aku pada kau hari makin hari makin kuat.. aku tak sanggup laki melihat orang lain melukakan hati mu.. dan secara tak sengaja.. aku ter ungkapkan kata cinta pada kau.. dan respon mu.. respon baik dari mu telah memberi aku sinar baru dalam kehidupan.. ya.. aku mmg sayangkan kau.. sampai akhir hayat. itu janji aku kan.

No comments:

Post a Comment