Wednesday, 25 May 2011

yang terbaru..

kenapa ye? post aku kali ni aku terus kepada masa kini. bende yang baru berlaku 2 3 hari lepas. tp sebelum aku cerita dengan lebih lanjut.. biar aku ceritakan dahulu pokok pangkal kisah ini..

kisah bermula bila kau memiliki laptop kau sendiri.. menjadi remaja bukan mudah.. kau mula ber fb, skype dengan rakan se universiti.. aku mmg tidak pernah menghalang dengan siapa kau nak berkawan.. bertentangan pula dengan aku, aku mmg dah lama terjebak dengan social network ni.. tetapi di universiti aku tidak mempunyai laptop sendir.. jadinya sekali sekala la aku online..

suatu hari, dengan kuasa tuhan, kau terkantoi bermesra mesra bersama seseorang di fb.. awak.. sakit nya saya kat sini.. saya meminta penjelasan dari awak.. awk kata itu kerje kawan2 awak yang melayan manusia itu.. dan aku dengan bodohnya mempercayai kau bulat bulat tanpa ragu.dan saat itu kau kata kau deactivate facebook mu itu..

org yang bodoh macam aku ni beranggapan kekasihnya seorang yang jujur..jadinya aku percaya la yang dia tiada hubungan dengan manusia itu dan sesungguhnya die tak contact..

pembohongan kau buat lagi apabila kau kantoi mempunyai facebook.. kejamnya kau terhadap aku.. kau pun dengan senang mereka cerita dan aku si bodoh mempercayai cerita mu ini. dengan senang pembohongan keluar dari mulutmu cyg.

pembohongan ketiga merungkaikan segala galanya.. tak tau mcm mane nak ku ungkapkan di dalam ayat sebegini..gmbr mu bersama manusia itu. bergegar dunia aku.. trasa seperti bumbung jatuh ke kepala ku.. dan dengan bantuan rakan ku.. aku berjaya untuk melihat wall facebook mu.. kenapa guna kawan punya? sebab aku dah di block. ya.. satu demi satu ku baca.. ku baca dengan hati berdarah. cukup di sini.. selanjutnya akan ku sambung.

No comments:

Post a Comment